i'm not beauty queen , i'm just beautiful me :)

i'm not beauty queen , i'm just beautiful me :)

Thursday 8 December 2011

korang percaya HANTU tak ?

tetiba aku terasa nak update pasal hantu .
lagipun da lama aku tak update blog sebab sebelum ni bz gila gila.

so..
korang caye ke hantu hantu ni semua ?
syaitan tu memang ada.
tapi hantu ?
camne plak ek ?

benda ni, nak percaya tak boleh.
tak percaya pun tak boleh.
berbelah bagi.


aku dulu memula tak percaya jugak .
aku rasa benda ni tahyul.
merepek jela.
hantu ? haha.
tah papelaa..
=="


tapi, lepas aku rasa, alami dan nampak sendiri.
baru aku percaya .

ramai tanya,
kenapa aku ni kurus sangat .
berat aku 40 dan tinggi aku 156.
kurus kan ?
aku pun tak tahu kenapa aku kurus dan semakin kurus.
sedangkan tiap tiap hari aku makan dengan secukupnya.
sebelum tido aku mesti makan.
lepas tu tydo.
tp masih lagi sama.
tak gemuk pun.
boleh kata mulut aku ni keje nak mengunyah jea.
tp berat badan susah nak naek.


dulu..
masa aku kekecik *darjah 5 kot*
salah satu ahli family aku ada yg benda yg dok dalam badan dea
*menumpang*
aku pun mengambil kesempatan tanya,
kenapa badan aku tak naik2 
kurus jea.
*saje je nk test pawang tu sbb aku tk percaya*
dea kata ada BENDA duk dalam badan aku .
haha.
ingat aku percaya ?
tolonglaa..
tapi bila dah besar ni .
badan aku still sama.
aku mula nk percaya .
*tp tanak la*
macam ada saka pun yaa :O
tapi mungkin juga sistem metabolisme aku tinggi ?
entah ! entah ! entah !

PENGALAMAN DIGANGGU.


dah banyak kali aku kena kacau dgn benda2 tu.
since kecik lagi.
nak nak time tydo.
dulu, aku selalu kena kacaw time tydo.
BENDA tu hempap aku .
seriously, time BENDA tu hempap.
aku tak boleh bernafas, gerak, bercakap.
sikit pun tak boleh.
seksa kot.
dan dalam masa yg sama,
segala bulu roma aku meremang.
benda tu hempap tak la lama mana.
dalam seminit dua.
tp selagi aku tak 'lawan' benda tu,
benda tu akan tetap hempap aku.
selalunya aku akan try gerakkan jari jari tangan ataw ibu jari kaki aku.
sambil tu baca ayat kursi ataw yassin dlm hati.
bila salah satu anggota badan aku da gerak,
secara automatik aku bole gerakkan satu badan aku.
jangan tanya la macam mna aku bila dah dapat gerak
sumpah tercungap cungap nafas.
tak cukup nafas. 
rasa cm kena cekik pun ada.
hishh.. benda tu memang berkenan kat aku kot.
hampir tiap2 malam la aku kena hempap.
nak cakap tak baca doa.
baca.. *tp kekadang je* :DD
maklumla.. budak budak.
ngee.

bukan waktu malam je.
siang pun aku kena jugak.
pernah masa aku kena hempap,
aku try bukak mata untuk tengok benda tu.
yelah. suka sangat kacaw aku time tydo.
sebok taw. nak memanje pun bgtaw laa.
haha.
okay. aku bukak mata dan tengok.
nothing. tak nampak ape pun.
aku tak nampak benda tu langsung.
baguslaa dea tak mempamerkan muka dea kat aku.
dr dea tunjuk.
mampus pengsan pulak aku nanti. 
:DD

mungkin benda tu  ikut turun temurun.
sebab aku ada tanya ayah aku.
dea masa kekecik pun selalu kena camtu.
tp bila da besa tak sgt.
dan bila aku da besar sekarang.
benda tu da jarang hempap aku.
boleh kata dah tak ada.
sebab tiap2 malam aku tak miss baca doa sebelum tydo.
ataw mungkin dea dah tanak memanja dengan aku,
sebab aku dah ada bf.
hoho
:D


tapi bila da besar ni.
benda tu memg tak kacaw aku time tydo.
time aku celik mata pulak dea kacaw.
ishh.. lagila menakotkan.
biasanya aku nampak benda ni dr anak mata sekilas pandang.
tak pernah nak muncul lelama depan aku.
setakat tunjuk sekejap2 tu ada la.
gila lama lama ?
boleh buad pengsan hari hari kot .


apa yang pernah aku nampak ?
pontianak.
tu paling selalu la.
dok lepak rumah nenek aku kat kg dgn sedara.
waktu memalam.
aku nampak benda tu.
dr tepi anak mata.
dia dok perhatikan aku.
kenapa tah.
aku beranikan diri gak la tok tengok betul2.
tenung lama lama.
tp bila pandang, tak ada.
cuma bila dr tepi anak mata jea aku bole nampak.
aku tak tegur.
even time tu aku nga beborak ngn sedara aku.
yes, orang tua tua kata jangan tegur kan.
so, aku tak diam jela.


memang rumah nenek aku tu 'berpenghuni' sikit.
tiap kali aku tydo uma nenek aku tu,
selalu je kena hempap.
nenek aku kata mungkin dea nak kenal kenal dengan aku.
ohh nenek,
jangan memaen la k.
bukan pakwe hensem.
mahkluk halus kot.
grrr..


semenjak dr tu, bila nenek aku ajak aku tydo uma dea.
aku beri beribu alasan.
ngeh ngeh. takot kot =="


okayy.. tu kat kampung.
bagaimana pulak dengan KL ni ?


jangan fikir tak ada.
ada okay.
dengar cerita
tempat yang aku duduk sekarang ni dulu tapak dea lombong.
sebelum lombong tu tak tahu la apa.
mungkin tempat berlaku peperangan bunuh mati.
sejarah tapak ni. siapa tahu kan ?


aku start kena kacaw time puasa tahun lepas.
yang peliknya time puasa.
bukan benda benda tu semua kena ikat ke ?
tp memang pastila aku kena ganggu.


meh nak cerita..
waktu tu aku baru sudah mandi, basuh kaen.
sorang sorang.
member bilik keluar.
tinggal aku sorang sorang dlm bilik tu.
aku dok master room.
master bed room mestila ade bilik air kan.
dekat dalam bilik air aku tu adala cermin.
cermin gantung kat sinki.
sinki lak bertentangan dengan bilik.
so, dr cermin tu bole nampak katil aku.
lepas mandi bukak la pintu kan.
peperah kaen depan cermin.
rambut lak bersepah sepah menutupi mate.
rimas rimas.
tengokla cermin betulkan.
sekali tengok.
amekaww..
benda tu pun 'tengok' aku.
dea berdiri kat sebelah katil aku.
pheww..! 'cun' gila aku cakap kaw.
jelas kot muka dea.
aku pandang kat katil, tade.
tp bila pandang balik dlm cermin tu. ada !
nak aku describe kan cmne muka dea yg 'cun' tu?
baju putih, rambut panjang.
muka bengis gila.
putih pucat. biru biru. muka berlubang lubang ada ulat.
adoyaiii..
aku rasa lepas tengok benda tu, muka aku lagi pucat kot.


aku dah tak cakap pe.
terus kua dari bilik air.
lari p bilik sebelah.
sumpah laju gila jantung aku.
aku marah benda tu kacaw aku.
masa nk p bilik sebelah tu aku tarik pintu bilik.
mungkin kuat sangat kot aku tarik.
'gedegang!!'


masuk bilik sebelah aku terus p kat member aku.
aku tak terus cakap.
aku dok diam diam dulu.
member aku mira tanya, kenapa?
muka semacam jea.
aku cakap tade pape.
yelaa..
mana boleh tegur.
so.. 
aku diamkan aje.


mase tu puasa.
malam tu aku tidur bilik aku macam biasa.
kengkawan bilik pun dah balik.
so, kurangla sikit takotnye.


tapi yang peliknya..
time tu puasa, kteorg bangun la pepagi.
cam biasa nak sahur.
nak p dapur p amek makanan.
guess what ?
pintu bilik terkunci secara tiba tiba.
dr dalam lak uh.
ktorg puas try bukak.
masalahnya dr dalam. 
tak boleh jugak.
aku tak tahu apa masalahnya.
mungkin sebab malam tadi aku terhempas pintu kuat sgt ?
tp sebelum ni pun ade jd camtu.
lg terkuat hempasnya.
takde lak pintu tu nak lock sendiri sampai ktorg yg dr dalam pun tak bole nak bukak .
pelik. tp benar :)


bila aku pk2 balik.
mungkin benda tu marah kat aku.
then, balas kat aku sampai macamtu ?
tp mcm tak logik je.
benda tu kan ghaib.
bulan puasa lak tu
macam mana bole buad camtu.
tp, tak mustahil jugak.
aku cerita la kat mak ayah serta nenek aku.
nenek aku laju je cakap, ada orang hantar tu.
aku ? o.O
entahlaa.. ishh =.="
susa nak percaya.




kisah tu dah lama.
yg ni yg latest punya.
benda tu kacaw aku dalam bilik air.
time tengah mandi.
amboii.. gatal ! >.<


dalam bilik air aku tu ada shower.
biasala..
malas nk pegang gayung,
mandi bawah shower.
benda tu pun nak tlong mandikan aku jugak.
secara tiba2, 
masa cuci2 badan,
shower tu air dea kuat sendiri.
walaupun aku tak sentuh pili paip shower uh.
mase first time kena tu aku buat tak tahu jela.
mungkin sistem perpaipan dea kekejap kuat kekejap pelahan kan .
smbung la balik mandi cam biasa.


tapi kali baru baru ni.
ahad lepas kot.
kena lagi.
tengah mandi.
shower tu aku biar terbukak.
bukak kecik jea.
p cuci muka sat kat sinki.
dengan tiba tiba, dea kuat sendiri.
sekali tak pe.
ni dua kali kot.
amboihh.. dea pun nak mandi sama ngn aku.
mulut aku ni laju jea.
bole cakap sesorang.
"janganla memaen dengan aku. aku tak kacaw kaw pun"


nak kata sistem perpaipan tak betul,
aku ada tanya kawan aku yang satu bilik dengan aku.
pernah tak jadi camtu kat dorang.
tak pernah.
dua dua tak pernah kena.
pelik.
aku dah banyak kali kena.
tp kenapa aku ?
kenapa dea suka kacaw aku ?
betul ke ada 'BENDA' dlm badan aku ?
ataw ada BENDA jaga aku ?
saka ?
ishhh.. mintak simpang.
tanak laa..
adoyy 
=.="


mintak mintak tak adela kan.
mungkin disebabkan benda lain.
tp yang peliknya, benda tu selalu dok kacaw aku.
hurmm..
benda ni nak takot sgt tak bole.
tak takot pun tak bole.
tataw laa..


aku just cerita ape yg aku pernah alami.
dan setakat ni, tu jela yg paling teruk yg pernah aku rasa.
selain tu tade.
terpulang nak percaya ataw tak.
ikut persepsi masing masing.
aku tak boleh nak cakap apa .


so.. ni jelah.
apa pulak pengalam korang ?
pernah kena macam aku ?
:D




Sunday 30 October 2011

personaliti wanita melalui bantal

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja . Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.  Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Sunday 16 October 2011

Lesbo ?

Satu malam tu, masa tenga lepak dekat balkoni rumah, aku terperasankan 2 makhluk ciptaan Allah berjalan dekat bawah *aku dok tingkat 5* malam kan, tak nampak sangat. yang pasti macam loving couple je . sweet la kan pimpin tangan bagai. alololo.. tapi bila aku tengok betul betul *kecikkan mata* perempuan dua dua nya. lol =.="

Dunia zaman sekarang. Macam macam.

Bila aku tengok tu, aku teringat masa aku dok kg dulu. AKU KENA NGORAT DENGAN PENGKID. wahh >.<! haha. gila kan ?

Kelaka seyh dak tu. Rumah dea tak jauh sgt la dengan rumah aku. Eh, bukan ruma dea, Dea duk uma sedara dea. Dulu mase dekat kg, aku rajin jalan jalan waktu petang. Bawak moto. Memang sure lalu depan ruma dea. Yelaa.Tataw nak buad pe kan. Ukur jalan le.* FYI, aku bukan minah rempit yaa.

Dea selalu duk lepak lua ruma dengan sedara dea *perempuan jugak. Sedara dea tu aku kenal. Budak satu sekola. Satu kg. Bila nmpak senyum la kan. Al maklumlaa. Tak senyum nanti kata sombong la apelaa. so, senyumlaa. Bukan susa pun. 

sambung balik* aku lalu depan ruma tu kann. aku perasan, dea slalu tgk aku. masa mula2 buat tak peduli la kan. org ada mata. biasa aa nak melihat. tp bila lama2. aku jadi rimas. eh,, pahal lah kan minah ni. nampak aku sengih sengih. gila apa ? and pernah satu hari tu dea bole suweet aku. sah la tu. GILA =.=" law yg suweet2 tu lelaki aku tak peliklah. normal. ni betine pulak. aisohh =.="

aku jadi takot. aku bukan LESBIAN la gila. agak dah tade betine lain nk ngorat pe ? adududuuu..

satu hari uhh.. aku lalu lagi depan uma sedara dea. bukan sengaja lalu. tapi jalan uma aku law nak keluar sempang memg kena lalu jalan tu. terpaksa aa kan. takan bawak moto nak terjah semak samun lak. zzz.
okay okayy. agaknya dea da lama PENDAM PERASAAN dekat aku *pengkid tu. Aku lalu, dea suro sedara dea tahan aku. what the ?(^$%&!! aku nak jalan ni wehh. nak tanak aku berhenti la. takan nak langgaw pulok. mati anak orang kunk. okeh, aku berhenti. tanya "kenapa?" sambil menjeling si pengkid tu. Menyampah doe! Geli ! dok sengih sengih. Kaw ingat aku tergoda ke ? GILA. kucing aku sengih lagi menawan taw. choii~  sedara dea membalas "nak mintak no typon bole ?" aku tecengang jap. yang pengkid tu toksah cakap aa. Buat buat malu. Babi je muka aku tengok. HADOY..

Tapi Alhamdulillah aa. Mase tu aku form3. Parents aku memang tak bagi aku guna HP. Dan dengan mudah aku menjawab "tak guna hndset" . kalaw ada pun aku nak bg pulak. laen la lelaki kan. HAHA *gatal. sedara dea kelihatan bengang. Hoho. Yang pengkid tu toksah cite lew. Muka kecewa. Kecewa lah sgt. Pui ! dan lepas tu, aku mintak diri utk lalu. Eh, bole lg lambai aku. hamboii. Bebetul gila laa -,-"

Lepas dari tu.. tade lagi kacaw aku. malu mungkin. HAHA.

Benda tu dah lama jadi. Sekarang aku da 19. dah 4 tahun da. Tp still fresh ag kat otak aku. Bkn sebab aku suka Pengkid tu *eiww. Sebab aku rasa benda ni klaka. Tah apa apa laa. 

Sekarang aku tak tahu la apa jadi. Harap dah berubah la. elok Tuhan  jadikan kaw PEREMPUAN. tp kaw nak jadi LELAKI. Bersyukur la dengan anugerah ALLAH. Tak baik merubah apa yg DIA dah beri. Bersyukur degan apa yang ada.

Dekat KL ni bersepah pengkid. Tak tahula apa nak jadi. Moga satu hari nanti Allah bagi HIDAYAH dekat korang semua untuk jadi DIRI korang yang SEBENAR. Aku nak lebih lebih pun tak boleh. Lagipun DOSA sendiri tanggung. KUBUR pun lain lain . kan ?

Dunia pun dah semakin TUA. bila bila masa je dunia ni boleh MATI *dlm kata yg mudah difahami, KIAMAT.

So.. fikir fikir kan lah beb :)



Thursday 6 October 2011

senarai perempuan pilihan lelaki xD


1.Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril
2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?
3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh
4. Kau rasa comel bila kau type message ‘ewww..jum lepak..busyan lorh…umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T’ macam shit kau tahu tak
 5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!
6. kau pakai baju nampak lurah tetek , pastu bile orang usha sikit tetek kau mulelah kau nak update status kat fb kau , ' nyampah nyew ade abang misai tu usha usha kiterw , tark sukew taww ' perosak bahase lah kau ni sial .
7. macam shit bila kau tulis kat fb , yang kau ni tengah saket perut , saket mata , saket idung lha , tengah happy , sedih . woi asal mase berak kau tak update 'kitew tengah berak , shukew shukew '
8. kau order makanan dekat menu yang cantik je , bila makan 2 3 sudu kau kate tak sedap , pastu tak habis ajak gy makan tempat lain pulak , perghhh rase nak terajang muka kau siot !
9. kau lepak dengan budak budak hot stuff , hensem hensem , kool , then where ur fren lalu depan korang pakai tudung serabai plus muke berminyak , then kau cakap kat budak budak uh 'she's not my friend , please lha weyy ' puihhhhh !
10.kau tak pandai buad tu , buad ni , jijik lha , kotor lha , then apa yang kau nak buad gila ?
11.lepak dengan sekutu gediks kau dekat pavi , bajet budak hot , mengilai kuad kuad macam pontianak , buad onar , dress up fancy nak mampos ,sekali ade awek bertudung litup lalu depan korang , pakat usya dari atas ke bawah , dari bawah ke atas , macam haram , dengan pandangan jijik korang berkata ' she does not have a style , yuckksss ' perghhhh macam babi doe pangai kau .
12. mekap tebal tebal ala mak ayam , pakai krim dari muke kau hitam sampai jadi kelabu doe , pakai bulu mata , bercelak bagai ,cam sial , weyy kau ni satu level dengan bapok belakang lorong haji taib !
13. kau buad facebook ni macam medan mempergakan diri kau doe , kau upload seme gamba kau , sampai 10 album , then when guys puji kau siket mulelha kau nak kate ' shayew tark shomewl porn lha , beshe beshe je ' bapak ar , nyampah doe . nape kau gy upload gamba tu lau kau rase tak cantek ? wkakakakakaka !
14. kau saje je ubah ubah status relationship kau kat fb , konon konon kau ni hot , jap single jap dah bercouple , ape lha . asal kau tak buad 'i am lesbian' je gila !
16. kau ni pemalas betul , baru shopink siket , 2 3 plastik , kau dah nak suruh pakwe kau bawak kan , alahai , kau engat pakwe kau suke ke doe ? pirahhhh !
- sorry gurls , kau terasa ? aku pon . wakakakakakaka XD

senarai lelaki budget !


  1. Kau yang cakap dirty dengan kawan-kawan & kuat-kuat konon nampak kool & sempoi padahal kau nampak bodoh
  2. Kalau text ngan laki, bahasa rilex & ok..tapi bile text ngan gadis, “macam manew niew..i segan lew nark kuar ngan u..hukhuk..^__^” macam shit doh konon menepati citerase gadis itu
  3. Rambut kau menjadi masalah disamping keutamaan..payah lah kalau berangin sikit kau pegi sliding door or cermin kereta cepat-cepat semata-mata nak repair rambut kau..kalau jalan tepi bende bercermin pun nak jeling tengok rambut..ape doh
  4. Kau dah famous ngan sikap sempoi..tapi kau agak-agak lah kalau nak kuar g tengok wayang pun pakai short..kemas sikit pakai jeans pun ok lah..asal? bulu kaki kau rebonding eh? aq tengok sendiri pun jijik
  5. Tak payah budget nak sempoi & kool sangat lah bile kau pakai beg,accessories pink konon kau ni jambu & metroseksual tapi kulit hitam berminyak..wekks
  6. Kau kutuk kawan lelaki sendiri yang muka berjerawat konon kulit kau bersih pakai Fair&Lovely..lelaki lagi awesome bile ada jerawat
  7. Bila kau lepak ngan gadis, kau steady..tapi bila member lalu depan selamba “i tak kenal dia”..kalau angkat pun muka macam nak tak nak je
  8. Sopan ngan girls hot..tapi kurang ajar ngan yang lain..tak kira lah lelaki sendiri or gadis yang gemok & tak cun..cam aram
  9. Menggelabah nak belanja gadis gebu kat fastfood..bila kawan sendiri mintak belanja Coke alasan kau macam shit
  10. Pakai barang branded..Adidas, COnverse, Top Man, Levis, Casio, Okley..lepastu kau nak gampang-gampang ngan member kau yang pakai sliper Sufian ngn baju pagoda
  11. Tak pun kau cerita banyak duit & barang berjenama dekat gadis gebu kasi gadis gebu tertarik ngan sifat metroseksual & up-to-date kau
  12. Kau pakai DSLR pakai duit ptptn tak pun duit mak abah tapi duit makan sesak sampai pinjam member..tapi bile member nak pinjam DSLR kau kedekut macam sial
  13. Usung DSLR kau kehulu kehilir konon kau ni foto-tangkap..bila tengok cara amik gamba pun cam suck..pegang DSLR pun tak style
  14. Panas terik, berpeluh kat tengah kotaraya ni, boleh pulak kau pakai sweater tebal,Okley, topi Monster, short pants & kasut Vans yang besar sampai orang tengok pun lemas
  15. Taip macam-macam kat facebook siap fuck suck sume keluar..tapi realiti lepak jugak ngan budak layan anime & tonton Fairy Tale, Naruto dekat lapy
  16. Nak lepak ngan gadis tapi barang dressup sume kau pinjam..daripada topi Monster, Okley, baju, kemeja, jeans & kasut sampai duit pun pinjam..alasan nye barang sendiri tak hensem ngn kau..buat apa kau beli dulu bodoh
  17. Kau cakap “bro..nak g mana bro? lepak lah kejap bro..” kuat-kuat padalah bila dalam rumah, kolej tak pernah pulak cakap macam tu
  18. Duit ptptn habis sebab belanja awek..tapi bila awek tanya kenapa duit habis, cakap member selalu pinjam..nak kasi diri tu nampak mulia di mata gadis
  19. Kau kerek ngan abang kerja kat Petronas or Caltex masa nak isi minyak bila dalam kereta kau ada gadis gebu tak pakai tudung konon kau hensem sampai abang tu respect kat kau
  20. Main blog, Facebook & Twitter bagai..tapi semua yang dalam blog & lain-lain gampang je lebih..kasi orang nampak kau awesome di alam maya..realiti, menangis bila gaduh ngan gadis .
  21. bila takde duit , kau mintak duit dengan perempuan , pakai sapu je mane mane pun , tapi bila ade duit cari yang hot je , macam !@#$%^^&^ ! HAH , PADAN MUKE KAU LELAKI , AMEK NI , WAKAKAKAKAKKA !

Sunday 2 October 2011

finally.

okehh. aku tak sangka semua ni akan terjadi juga . aku ingat boleh kekal . tapi ?
mungkin dah tertulis yang aku dan dea takan bersama . apa boleh buat kan ? hmm.
aku ni , kalaw kapel , aku suka menguji .sebab aku nak tengok , kesungguhan si dea menyayangi
dan mencintai aku . cinta ke ? haha . mudahnya berlalu . choii~
aku tak salah kan hundred percent pada si dea . maybe ada salah aku . aku ni sorang yang bermulut bisa jugak .
semua nk kena ikut cakap aku . tapi aku tade la control mana pun kan . ikut la suka ke tak . mungkin aku tak bole ikut apa yg dea nak . dan mungkin juga aku tak sefahaman dgn dea . dan mungkin dea juga tak sefahaman dengan aku . mungkinkah ? aha . nevermind. 
merubah relationship status secara mendadak.. why baby ? *aku letew*
kerana.. saja nak tengok dea pujuk aku balek ke tidak . tetapi? huh . hampeh lol  =="
mungkin dea marah ? memang dea marah T.T hukk..
kepada si dea lah kan : sorry for making trouble and for everything lah :) i tahu i bukanlah yang terbaek buat you . maybe you lebih sesuai dengan girl lain . yang lebih memahami you dan sewaktu dengannya . btw, nice to know you . terima kasih sebab menjadi teman hidup i dari 15 september 2011 sehingga 1 oktober 2011. thanks again ;D

Wednesday 28 September 2011

4 golongan yang akan ditarik ke neraka


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”..!!!!




Monday 26 September 2011

aku bahagia bila kau bahagia.

ayat tu selalu kedengaran kat dalam kisah kisah tv drama bersiri kan. nak nak cerita yang tangkap cintan. aishh.. memey banyaklaa ayat ayat jiwang. ayat tu cuma skrip dan dialog je. tapi korang tahu ke ape maksudnya ? haha. maybe sesetengah orang yang dah masak dengan pengalaman bercinta akan paham makna baris 'aku bahagia bila kaw bahagia'  . tapi bagi aku ? mungkin tak. tapi mungkin juga ya. haha. aku sendiri tak tahu nak tafsir ngan nilai hati aku ni macam mana. susah. sangat sangat susah.


'aku bahagia bila kau bahagia'
hmm..bg akulah. senang jea. kita akan rasa bahagia bila orang yang kita sayang bahagia. even kita dah tade apa apa relation dengan dea. sedangkan dea? ada pengganti kita. dea bahagia. kita ? :)
walau luaran nampak gembira. gelak ketawa tak ingat apa. tapi hati kita ? Tuhan je yang tahu. sedih, muram durjana. yeaa.. tapi jika kita betul betul sayangkan orang tu. kita akan turut gembira, bila dea ketawa dan bahagia, disamping orang yang dea cinta. walaupun orang yang dea cinta bukan kita. tapi kita turut tersenyum sama. bukan sebab kita gila. tapi sebab kita cintakan dea. 





Sunday 25 September 2011

bangkit lah

tak susa untuk mengenali lelaki 
yang betul betul mencintai kita.
cukuplah bila lelaki itu menghormati kita sebagai
seorang perempuan.

bila dia menjaga kehormatan kita
melindung dan
tidak menyentuh kita sedikit pun.
itu sudah membuktikan bahawa 
lelaki itu benar benar ikhlas menyayangi kita.

tapi..
jika lelaki tu tak segan segan menyentuh kita,
memperlakukan kita tak ubah sepeti
perempuan murahan dan
seperti baju yang sekejap dipakai dan dibuang,
bermakna..
lelaki itu hanyalah 'mencintai' kita atas dasar
NAFSU.

jangan jatuh pabila lelaki yang betul betul
kita sayang meninggalkan kita 
atas dasar tiada persefahaman atau keserasian.
kerana ALLAH sudah tentukan,
"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"

jangan sedih bila ditinggalkan.
tetapi,
bangkit untuk mencari cinta yang sebenar.

sesungguhnyaa..
ALLAH memberikan yang terbaik kepada orang 
yang tidak pernah putus asa dan sabar menghadapi cubaan-NYA.

ALLAH tidak akan memberi ujian
yang terlampau berat 
 yang tidak mampu ditempuh oleh umat-NYA sendiri.
DIA sentiasa menduga .

bercintalah kerana ALLAH.
kerana dengan jalan itu,
kita tidak akan sesat.
cinta yang dibina semakin kukuh.

jangan bercinta atas dasar nafsu dan zina.
kerana cinta itu mudah goyah
dan tidak akn kekal buat selamanya.
percayalahh..

adam..
jika benar kau mencintai hawa,
bimbinglah dia, jagalah kehormatannya,
buktikan cintamu dijari manisnya bersama ijab dan qabul .

dan kamu hawa..
jaga mahkotamu.
tegaskan..
hanya suamimu sahaja mampu memilikinya :)

*bahagia*

Monday 19 September 2011

the beautiful words


  • Anger is a condition in which the tongue works faster than the mind.
  • You can't change the past, but you can ruin the present by worrying over the future.
  • Love ......and you shall be loved.
  • God always gives His best to those who leave the choice with Him.
  • All people smile in the same language.
  • A hug is a great gift..one size fits all. It can be given for any occasion and it's easy to exchange.
  • Everyone needs to be loved...especially when they do not deserve it.
  • The real measure of a man's wealth is what he has invested in eternity.
  • Everything has beauty but not everyone sees it.
  • It's important for parents to live the same things they teach.
  • If you fill your heart with regrets of yesterday and the worries of tomorrow, you have no today to be thankful for.
  • Happy memories never wear out.... relive them as often as you want.
  • Home is the place where we grumble the most, but are often treated the best.
  • Man looks at outward appearance but the Lord looks within.
  • The choice you make today will usually affect tomorrow.
  • Take time to laugh for it is the music of the soul.
  • If anyone speaks badly of you, live so none will believe it.
  • Patience is the ability to idle your motor when you feel like stripping your gears.
  • Love is strengthened by working through conflicts together.
  • The best thing parents can do for their children is to love each other.
  • Harsh words break no bones but they do break hearts.
  • To get out of a difficulty, one usually must go through it.
  • We take for granted the things that we should be giving thanks for.
  • Love is the only thing that can be divided without being diminished.
  • Happiness is enhanced by others but does not depend upon others.
  • You are richer today if you have laughed, given or forgiven.
  • For every minute you are angry with someone, you lose 60 seconds of happiness that you can never get back.
  • Do what you can, for who you can, with what you have, and where you are.

Sunday 11 September 2011

santau

agak takut bila dengar ayat ni.
yelahh. dah merata rata jadi.
benda ni biasanya terjadi bila seseorang tak puas hati
atau iri hati dengan orang yg berdekatan dengan dea.
ataupun yg bermusuhan.
so, pada sesiapa yg ada musuh tu
cecepatlah berbaek.
orang zaman sekarang,
macam macam..

santau ni ada berbagai jenis n cara.
ada santau dr makanan
ada gak santau angin.

law santau dr makanan ni
makanan kita akn diletak dgn
miang buluh, kaca,
serbuk ipoh
(benda apetahh)
bisa besi and
memacam lagilah.
pelik pelik jerr.


santau ni akan masuk terus ke perut mangsa
dan mangsa rasa cam nak pitam
muntah darah dan yang paling teruk
boleh membawa maut.
OMG .
teruk seyhh .


santau angin pulak caranya dengan menggunakan jampi.
jampi ni disertakan dgn serbuk halus yg tajam.
benda ni masuk terus kedlm paru paru mangsa
dan boleh membuatkan mangsa meninggal dunia.
fuhh~
biasa jampi jampi ni tok tok bomoh yg buat
orang yang pakar je.


kita semua tahu yg santau ni bukan dilakukan scara berhadapan
benda ni scara tersorok.
so, kepada semua orang.
berhati hatilah.
santau ni boleh jadi bila bila masa je.
pada yg bermusuhan tu,
lagilahh.
jaga jaga.
ada yg memerhati .



Wednesday 7 September 2011

kisah cinta suci yang dinodai.

    Selalunya, orang merujuk cinta Romeo dan Juliet sbg lambang cinta suci. Taj Mahal dijadikan contoh sbg bukti cinta abadi.
    Cinta suci bermaksud, adakah cinta kita masih tinggi setelah sebab sebab  kita mencintai itu telah pergi ? misalnya, masihkah kita mencintai seseorang itu setelah dia tiba tiba tidak boleh bercakap dan diserang strok? adakah kita masih menyanjunginya stelah dea tiba tiba jatuh muflis ? dan adakah kita masih menyayanginya setelah sama sama tua dan penuh dgn 'kekurangan'?
  Sekiranya nilai kasih, sayang dan cinta kita itu tidak terjejas, barulah nilainya suci. jika tidak, kita hanya seorang pndusta dlm hikayat cinta.
  Cinta mudah dilafazkan. tapi, ia payah untuk dibuktikan. apetah lagi dikekalkan. ketika seseorang itu sedang 'ranum', menawan, berharta dan berasal drpd keluarga terhormat, kemungkinan dea akan dicintai sepenuh jiwa. tp, jika dah tua kerepot dan harta dah tak ada, adakah kita masih sanggup melafazkan kata kata cinta ?
   usah jawab dengan suara, sbb mulut memang mudah menipu. tp jawablah dengan hati, sbb selalunya ia lebih jujur.
   Cinta suci boleh dibina dengan keredaan hati atas apa saja yg dah ditentukan oleh-NYA untuk kita.
   Cuba nilaikan CINTA SUCi melalui kisah dibawah:

di suatu malam yg dingin dan di dalam sebuah bilik yg sederhana besar, sepasang suami isteri yg sudah lanjut usianya baru masuk tidur. suaminya telah mula mengatuk, tetapi isterinya terbangkit perasaan ghairah lalu bersuara,
"dulu dulu tu, abg selalu pgang tgn saya bila kita nk tidur"
suaminya yg separuh sedar, menggengam tgn isterinya dan lepas tu mula mengantuk semula. beberapa ketika selepas itu, si isteri bersuara lagi..
"lepastu, abg selalu cium saya"
si suami dgn rasa terganggu mnyentuh bibirnya ke pipi si isteri. kemudian, disambung tidurnya. selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi..
"lepastu, abg selalu gigit gigit leher saya.."
dgn perasaan marah dan geram, si suami mlontarkan selimutnya dan bgun dr katil. si isteri bertanya..
"abang nk g mana tu ?"
dengan marah suaminya menjawab..
"nak g amek gigi lahh ni." 
:D



Thursday 18 August 2011

"you" u dekadd mana. cari i pliss ;)


*p/s: note ni ditulis sebab hati I terdetik untuk menulisnye.opss, menaip (:  Nampak macam agak terburu buru nak mencari ‘u’. tapi apa salahnya fikir masa depan awal awal. Bukan apa, sebagai langkah berjaga jaga supaya tak tersilap langkah^^*

Dimulakan dengan,
Bismillahirahmanirrahim..

*tarik nafas dalam dalam*
Fuhhh..
Nak dijadikan cerita, dulu dalam hidup I ni penuh pelangi. Macam macam warne u..  best sesangat..  Yela, selalu pelangi kua lepas hujan je kan. Tapi pelangi ni tiap2 saat kua. Tak hilang hilang. tapi, entah macam mane, dekat mane silap nye, pelangi tu tiba tiba lenyap cmtu je. I ingat kot kot pelangi tu lame la kan dalam hidup i. tapi singgah sekejap jea. Sebab rupe2 nye pelangi tu bukan pelangi yang sebenar.. fake. I pon tataw macam mane dea bole bertukar sampai macam tu sekali. Punyela cantik mase mule mule pelangi tu menjelma. Tp at last, pelangi tu bertukar jadi tunderstorm. Ouch! Takot i.. lepas dari tu, hidup I ade kilat je.. cahaya kilat, u taw jela kan, menakutkann dan mengejutkann.. =.=” I takot. I nanges T.T ,, so sekarang, I tengah cari pelangi yg original. Bukan yang plastik tuh ye. The real one.

Start searching--------------------bep-----------------------------bep-----------------------------------bep------------------------------bep------------------------------bep--------------------------------------bep------------------------ bep----------------------------------------bep------------------------------------bep---------------------------------bep-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------and bep again------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fuhh.. masih lagi tak jumpe,,

Tak pe..  Kawan kan ada ? yes!  Memang ada. Tipulah kalaw I tade kawan kan. I kan peramah orangnye xD. Hmm.. kawan. Dorang selalu teman i. tido same. Makan same. tolong I bile I tengah susah. Tolong lap kan air mate I bile I menangis. Peluk I bile I sunyi. and the best is, selalu wat I ketawe sampai hilang mate i.  kami rapat sangat. Even kekadang I nak p toilet pun dorang nak ikot same  ~.~ (ape pon ta bole). See? Bestie I memang sayang I sangat sangat. I tahu tu. Thanks yaw ^^.  Parents ? fuhh.. Parents jaga I dengan penuh kasih sayang sejak pusat I masih basah lagi taw. dorang lah yang jaga I, feed I dengan penuh kasih sayang sampai ta muat muat untuk I telan. gulp!  Tahu kan, kasih sayang parents melebihi segala galanye. Dorang memang cinta mati I. Dunia Akhirat taw (;

Parents and friend,,
Dorang ni matahari dalam hidup i. takan penah hilang and takan sesekali malap. Bile malam je dorang jadi bulan. Bulan kan setia menemani malam sampai la matahari kua..tapi u perasan tak, kadang kadang waktu siang pun ade bulan taw. :) betape setienye dorang temankan i. sobssob*terharu*

So..
Bile agak agak nye pelangi yang I nak sangat  tu akan muncul?  

Entah..  I tataw la bile pelangi tuh nak muncul.  satu hari nanti*maybe*. Tak kesah lah macam mana dea. Janji dea mampu jadi pelangi I yang setia.and the most important things, dea bukan yang fake lagi =.=’ Pelangi I tuh mestila colourfull ^^ sbb pe ? colourfull kan santekk.  melambangkan  dea seorang yang ceria dan selalu menceriakan I. aww >.
Dan ciri ciri yang sangat I idamkan untuk jadi  pelangi hidup I adalah , ,

Beriman ? hmm, yg ni..
 wajiblaa ada. Siapa yang nak bimbing I dengan anak anak kalaw bukan u. I ni pun bukan beriman sangat. So, kalaw tak banyak, at least haruslah ade sedikit keimanan di hati u. yela, u kan ketua keluarga, u yang mencorakkan kebahagiaan dalam rumahtangga kita nanti. Kalaw u dah memang seorang yang beriman, itu memang sudah sangat memadai. Tak payah cakap pasal benda lain, sebab orang yang beriman memang tahu ape yang baik dan apa yang buruk (:

Rupa ?
kalaw ade rupa,tp hati tak serupa bikin, baek tapayah kann. I mengaku yang I ni seorang yang memilih. Tipula kalaw I tak memilih. Tapi I tadela terlampaw memilih sangat u sebab I ni pun bukan ada rupa, cukup sekadar sedap mata memandang mase i merenung mata u  dalam dalam nanti .winkwink ^.~

Harta ? kerjaya ? masadepan ?
 ofcourse kena ada.. Why ? yela, kata nak jaga anak dara orang. Ingat dua tiga hari je ke u ? selama lamanya okay. Takan tetiap hari nak bagi I ngan anak anak I makan pasir ulam air hujan kott. xD Cukupla sekadar cukup cukup makan. Breakfast, lunch and dinner. Tak banyak pun. Jangan risaw, bukan makan kat kedai mamak, I yang akan masakkan untuk u. ape guna ade isteri tapi makan kat lua. Rite ? (; I tak kesah kalaw u tak seberapa mampu, I boleh tolong u. kita boleh cari pendapatan bersama . bukan untuk sesape, untuk ‘the happy family’ kita juga kann. Lagipun kekayaan belum tentu menjamin kebahagiaan (:

Tak banyak request I, tu je u. kalaw u ade ciri ciri macam tu, I bersyukur sangat sangat. I harap, suatu hari nanti I akan jumpa ‘u’. tapi kalaw takde, nak buat macam mana kan. Terima jela. Nobody perfect. I pun bukan perfect sangat untuk jadi seorang yang memilih. Tapi sebelum tu I nak bgtahu u yang I ni taklah secantik dan secumil lisa surihani*^^* personaliti I tak seanggun dan seteguh ustazah dato’ siti nurbaiyah *tak gitu ling* dan I ni takla sekelakar kumpulan sepah tuh* haaa~semput* I harap u sudilah terima I sebagai bintang dalam hati u..

Akhir kata, I tunggu ‘u’. memang agak mustahil yang bintang akan berjumpa pelangi. Tak pernah jadi pun kann. Tapi ape salahnye kalaw  kita menjadikan nya ^^ hanya di antara kita berdua sahaja. And plizz, buangkan kilat tu jauh jauh. I takot (;