i'm not beauty queen , i'm just beautiful me :)

i'm not beauty queen , i'm just beautiful me :)

Thursday 8 November 2012

Hawa, Berhijablah walaupun terpaksa :)

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”



Come on lah babe , sampai bila kauorang nak move kalau diri sendiri pun tak terjaga. Apa yang kauorang faham pasal aurat? aku pun tak lah bagus mana tapi apa yang aku tahu aku akan kongsi dengan kauorang. Yang kauorang faham is pakai baju , tudung asal kan tak nampak rambut , seluar tak kesah kalau ketat pun asal kan tak nampak. macam tu? Bukan ke tutup aurat tu seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. apa motif kauorang pakai baju kalau telanjang. nampak bentuk besar mana payudara , besar mana peha , kecik mana pinggan , mantap mana buntot kauorang. Boleh terang kan macam mana yang dikata kan tutup aurat kalau baju nampak lengan , tudung boleh tembus nampak leher , tudung tak tutup dada , nampak kaki. kalau nak kata kauorang pakai baju lengan panjang sekali pun tapi kalau ikut tubuh badan apa yang kauorang tutup. still nampak bentuk badan kan? Okaay lahh malas nak panjang cerita tapi  faham maksud tutup aurat. Islam mudah tapi tolong jangan nak mudah mudah kan lagi. Bukan kah dalam Al Quran, ALLAH sendiri telah PERINTAHKAN kita wanita MUSLIMAH seharusnya menutupi aurat kita dari dilihat oleh lelaki2 ajnabi?

antaranya :

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka melebarkan jilbabnya” 
[Al Ahzab:59]. 

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” 
[An Nur:31].

dan Nabi Muhammad saw kita sendiri pernah bersabda kepada Asma' binti Abu Bakar yang bermaksud
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud] 


kenapa perintah PENCIPTA kita sendiri hendak diingkari? 
Aku mengaku aku sendiri pun dulu tak menutup aurat aku dengan sempurna, aku lebih gemar memakai pakaian yang ikut bentuk badan, tudung yang singkat sebab bagi aku 'oh tutup aurat, sudah memandai dengan menutup kulit dari dilihat oleh lelaki bukan mahramku'..
nampak kan, betapa singkatnya pemikiran aku masa tuu -,- Yang tak pakai tudung tu, Kauorang nak cakap tak sampai seru lagi -,- aduhh come on lah. nak tunggu apa lagi? tunggu sampai dah bosan tak pakai tudung. manusia tak pernah cukup dengan semua benda. Berubahlah untuk kebaikkan diri. nak kata tak sampai seru lagi? Rasullah dah seru dah kita, Al-Quran pun dah tunjuk bukti. tolonglah sayang ku muslimah sekalian, jangan sampai satu hari nanti orang kafir menganggap perempuan yang memakai tudung setaraf dengan mereka yang sering mendedahkan aurat. tolonglah baby girl, jangan sampai satu hari nanti Islam dipandang sebagai agama yang setaraf dengan agama lain. tolonglah wahai bidadari syurga, ingatlah macam mana wanita Muslimah dipandang mulia pada suatu ketika dahulu. tolonglah si pengoncang dunia, ingatlah bagaimana sukarnya perjuangan Rasul kita bagi menjadikan Islam sebagai agama yang disegani. Aku bukan nak jadi ustazah pandai semua, aku sendiri seba kurang tapi sama sama lah kita tegak kan islam semula. tegur aku kalau aku silap :')

#SEINDAH HIASAN IALAH WANITA SOLEHAH :') - Via syazanaayie 

Sunday 4 November 2012

Dear EX


Hmm.. lately ni aku selalu je terfikirkan pasal EX aku yg duduk dekat teluk kemang tu . Aku ade 7 ex, dan dea ex aku yg ke 2. Aku tetaw la kenapa hati aku asyek tergerak je nak cari dea.
Sampai sekarang, aku still ag ingat pasal dea. Still ag fresh even kami dah lama clash. Dalam 4 tahun jugakla. Nama dea, Muhammad Fadzly b. Samsudin . Duduk kat pantai teluk kemang, Port Dickson. Sebaya dengan aku . tapi time kami kapel uh, umur aku dlm 17-18 tahun. Masa tu baru habes SPM.
Dea ni baik sangat. Dealah satu satunya lelaki yg banyak nanges sebab aku. Sebab aku dulu jahat sangat. Aku suka layan lelaki laen. Sampai satu masa tu, aku pergi tinggalkan dea sebab lelaki laen. Kejam kan aku ? sangat kejam =(

Puncanya sebab dea abaikan aku . seharian tu dea buat tak tahu dekat aku sebab dea ade urusan laen. Cuma satu hari tu jea. Tapi aku tak bole, sebab jenis aku memang suka mesej 24jam (dulu) . aku nak dea text aku jea. Dalam masa tu lak aku ada join satu laman sosial yg tak berapan feymes ni, apetah nama dea, aku pun dah lupa. Aku banyak kawan dlam tu . aku excited sebab tu first time aku berlaman social mcm tu . ramai kawan. Biasele, dulu nerd, anak mak, dok umah je. Mana ade kua malam, mana ade bergaul dengan lelaki sebab aku ni seorang yang pendiam. Bila dah dapat kawan macamtu, menggedik la. Lagi pulak ramai lelaki hensem yg dok berkawan dgn aku. Lagila miang kan -,-

Adalah sorang mamat dari laman sesawang uh, cute, nsem, Chinese look, dea hari hari chat dengan aku . Nampak caring sangat . yang si balak aku ni pulak sebuk dengan urusan dea. Aku ni diabaikan . then, ntah macam mana, aku dari hari ke hari, boleh lak tangkap cintan dengan mamat ni . biar la aku pnggil dea, capital N .

Satu hari tu, aku dah tak tahan, aku cakap dengan bf aku untuk lepaskan aku. Aku dah tak tahan sebab diabaikan . dia sebok dengan politik dea. Aku ni cam sampah (ceh, padahal dah ade yg lain) .
jahatnye aku -_- entah  macam mana, dea lepaskan jugak walaupun hari tu adelah hari aku kapel ngn dea genap satu tahun. Bayangkan, betape sedihnya hati dea bila anniversary kami aku buat cmtu . hmm

Dea punyalah merayu, mintak maaf semua, tapi aku tak maafkan . aku pergi dekat orang baru. Dea aku lupakan, aku ignore bila dea text aku, dea pujuk, dea merayu utk balik pada aku. Aku buat tak tahu jea. Kesian dea . dea terlampau baik untuk aku. Aku jahat sangat masatu . Seriously. Aku tak piker langsung ati dea =(

Hari demi hari, aku bahagia la jugak dgn bf baru, tapiii…
hubungan tu tak lama . dalam dua bulan jea. Tak tahu mana silapnya, capital N tinggalkan aku . mungkin sebab aku ade yg lain belakang dea. Memg pun . laki tu skandal aku je pun :3 tapi benda tu tetap salah kan . bila pikir2 balik, apesal la aku jadi sampai macamtu sekali. Apesal laaa ?? teruk sangat. Sangat sangattt  -_-
Lepastu, barulah aku rasa insaf kerana meninggalkan Fadzly. aku rasa sedih sangat2 sebab kena tinggal dengan capital N. rasa perit sebab aku sanggup tinggalkan fadzly semata mata untuk dea. Tp dea ?  entahlaa.. tu la. Orang kata, karma tu ade merata rata . dan aku, dapat la balasan yg setimpalnyee . padan muka . waku tu, aku rasa balik macam mana fadzly rasa bila aku tinggalkan dea. Rasa nak gila pun ade kan. Haishhh.. teruk meyhhhh.. 

Lepas dari tu, aku selalu jumpa lelaki yg salah. Lelaki asyek tinggalkan aku . padah beb. Mungkin daulat dari ape yg aku buat kat fadzly. Sebab dea tu baik sgt orgnye, memang bole buat suami la citer dea, tp aku yg bodoh, teramat bodoh pegi tinggalkan dea untuk orang lain. Sampai sekarang aku menyesal . aku rasa bersalah sangat sebab tinggalkan dea macamtu jea.

Sekarang, aku dah ada bf lain, Insya-Allah kalau dipanjangkan umur dan jodoh, aku nak hidup dengan dea. Tapi dalam masa yg sama, rasa bersalah pd fadzly tu tetap ade dekat hati aku . aku teringin sangat nak jumpa dea. Nak tahu keadaan dea mcm mana. Aku nak mintak maaf balik dgn ape yg aku dah buat dekat dea. Aku Cuma nak dengar kata maaf je dr dea. Kalau dea dah ade pengganti aku, baguslah. Harap dea bahagia sbb tak hidup dengan aku yg kejam ni =)