Memang patutlah mak ayah aku hantar aku belajar jadi jururawat, sebab dorang tahu anak dea ni degil dan mungkin dorang nak aku tambah pahala melalui pekerjaan ni . Dalam masa yang sama dorang pun dapat pahala jugak =')
Walaupun pada awalnya aku memberontak dan rasa tak suka dengan course ni. Yelah, belajar kat sekolah dulu pasal engineering, pegang pembaris T-square, lukis plan rumah, tiba tiba amik course nurse . Otak jadi blur mengejut sebab tetibe belajar masuk bab bio fizik kimia .
Masa awal awal belajar course ni , aku takut sangat sangat dekat jarum . Pernah aku nak pitam bila tengok staf nurse cucuk pesakit nak masuk kan Branulla, IV drip (masukkan air melalui saluran darah) . tapi nasiblah tak pitam, cuma muka kebiru biruan nak pengsan je. Aku allergic dengan jarum . APTB :D
Masa tu praktikal sem 2, tapi sekarang sem 4 Alhamdulillah, aku jadi ketagih nak cucuk orang . Seronok :D
Jadi nurse ni kena berani, hati kental, lembut, sopan, macam macam lagi . kena pandai balance perasaan serta psycho orang . bukan senang sebenarnya nak jadi nurse. kita belajar bahasa bahasa medical yang orang lain tak tahu . kena ingat semua jenis ubat. korang tahu panadol kan ? itu brand name dea, tp generic name dea PCM/ paracetamol . kena ingat nama nama ubat uh sampai mati . aku ni dah la pelupa. haishhh -,-
Jarak antara nurse dengan doktor tak jauh mana pun. cuma pangkat doktor tu lebih besar sikit dr nurse .
straight to the point lah aku cakap, pekerjaan ni memang susah sangat sangat . Bukan niat aku nak menjatuhkan semangat korang korang yang nak jadi nurse tu. Tidak . cuma aku tanak korang menyesal dikemudian hari nanti . bila dah graduate, belum tentu korang boleh jadi nurse. kebanyakkan Hospital sekarang amik pekerja hanya dengan 3.5 pointer keatas sahaja. Susah untuk dapat 3.5 tu . Aku ni belajar sampai tertonggeng tonggeng nak capai 3 pointer. 3 pointer tu dah cukup pandai dah . 2.5 pointer lak paras2 hidung . ishhh.. Tapi kalau korang rajin, tak mustahil boleh dapat 3.5. 4 pun boleh . usaha, rajin tu semua kena ada k adik adik semua . Buang sifat malas tu jejauh . Sentiasa lah baca buku setebal 5 inchi tetiap hari supaya ilmu penuh di otak ;D English kena superb supaya korang senang nak faham . Belajar course ni semuanya BI , no melayu melayu yaa sayang :D
Pengalaman tak payah cakapla . memang best . aku pernah jaga orang gila masa sem1 dulu . pesakit tu orang myanmar lelaki . masuk hospital sebab cuba memotong kemaluannya . tak silap aku dia dah tepotong sikit . Auchh.. camne lah gaknye tu kan. memula agak takotla nak deal ngan pesakit macam tu, mana lah tahu dea tetibe gigit aku ke pe kan . tapi alhamdulillah la. semuanya okay . sem dua pulak aku jaga wad orang orang tua. beborak borak dengan nenek nenek sungguh menyeronokkan . suap dorang makan . sem dua aku jaga kakak kartini aziz . tu la yang best kot . :D
sem 3 ni lagi best dan mencabar, aku dah reti nak mencucuk orang . cuci luka , bukak jahitan . dan pengalaman pertama aku mandikan mayat . memang agak terketar2 . tp dah kerja. kena kuat jugak kan .
So, pekerjaan ni sebenarnya memang mulia . Boleh dapat pahala free . Dengan niat, buat kerja tu biar ikhlas. sentiasa senyum di hadapan pesakit walaupun sebenarnya kita penat, sedih sakit dan sewaktu dengannya :)