i'm not beauty queen , i'm just beautiful me :)

i'm not beauty queen , i'm just beautiful me :)

Thursday 8 November 2012

Hawa, Berhijablah walaupun terpaksa :)

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”



Come on lah babe , sampai bila kauorang nak move kalau diri sendiri pun tak terjaga. Apa yang kauorang faham pasal aurat? aku pun tak lah bagus mana tapi apa yang aku tahu aku akan kongsi dengan kauorang. Yang kauorang faham is pakai baju , tudung asal kan tak nampak rambut , seluar tak kesah kalau ketat pun asal kan tak nampak. macam tu? Bukan ke tutup aurat tu seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. apa motif kauorang pakai baju kalau telanjang. nampak bentuk besar mana payudara , besar mana peha , kecik mana pinggan , mantap mana buntot kauorang. Boleh terang kan macam mana yang dikata kan tutup aurat kalau baju nampak lengan , tudung boleh tembus nampak leher , tudung tak tutup dada , nampak kaki. kalau nak kata kauorang pakai baju lengan panjang sekali pun tapi kalau ikut tubuh badan apa yang kauorang tutup. still nampak bentuk badan kan? Okaay lahh malas nak panjang cerita tapi  faham maksud tutup aurat. Islam mudah tapi tolong jangan nak mudah mudah kan lagi. Bukan kah dalam Al Quran, ALLAH sendiri telah PERINTAHKAN kita wanita MUSLIMAH seharusnya menutupi aurat kita dari dilihat oleh lelaki2 ajnabi?

antaranya :

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka melebarkan jilbabnya” 
[Al Ahzab:59]. 

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” 
[An Nur:31].

dan Nabi Muhammad saw kita sendiri pernah bersabda kepada Asma' binti Abu Bakar yang bermaksud
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud] 


kenapa perintah PENCIPTA kita sendiri hendak diingkari? 
Aku mengaku aku sendiri pun dulu tak menutup aurat aku dengan sempurna, aku lebih gemar memakai pakaian yang ikut bentuk badan, tudung yang singkat sebab bagi aku 'oh tutup aurat, sudah memandai dengan menutup kulit dari dilihat oleh lelaki bukan mahramku'..
nampak kan, betapa singkatnya pemikiran aku masa tuu -,- Yang tak pakai tudung tu, Kauorang nak cakap tak sampai seru lagi -,- aduhh come on lah. nak tunggu apa lagi? tunggu sampai dah bosan tak pakai tudung. manusia tak pernah cukup dengan semua benda. Berubahlah untuk kebaikkan diri. nak kata tak sampai seru lagi? Rasullah dah seru dah kita, Al-Quran pun dah tunjuk bukti. tolonglah sayang ku muslimah sekalian, jangan sampai satu hari nanti orang kafir menganggap perempuan yang memakai tudung setaraf dengan mereka yang sering mendedahkan aurat. tolonglah baby girl, jangan sampai satu hari nanti Islam dipandang sebagai agama yang setaraf dengan agama lain. tolonglah wahai bidadari syurga, ingatlah macam mana wanita Muslimah dipandang mulia pada suatu ketika dahulu. tolonglah si pengoncang dunia, ingatlah bagaimana sukarnya perjuangan Rasul kita bagi menjadikan Islam sebagai agama yang disegani. Aku bukan nak jadi ustazah pandai semua, aku sendiri seba kurang tapi sama sama lah kita tegak kan islam semula. tegur aku kalau aku silap :')

#SEINDAH HIASAN IALAH WANITA SOLEHAH :') - Via syazanaayie 

Sunday 4 November 2012

Dear EX


Hmm.. lately ni aku selalu je terfikirkan pasal EX aku yg duduk dekat teluk kemang tu . Aku ade 7 ex, dan dea ex aku yg ke 2. Aku tetaw la kenapa hati aku asyek tergerak je nak cari dea.
Sampai sekarang, aku still ag ingat pasal dea. Still ag fresh even kami dah lama clash. Dalam 4 tahun jugakla. Nama dea, Muhammad Fadzly b. Samsudin . Duduk kat pantai teluk kemang, Port Dickson. Sebaya dengan aku . tapi time kami kapel uh, umur aku dlm 17-18 tahun. Masa tu baru habes SPM.
Dea ni baik sangat. Dealah satu satunya lelaki yg banyak nanges sebab aku. Sebab aku dulu jahat sangat. Aku suka layan lelaki laen. Sampai satu masa tu, aku pergi tinggalkan dea sebab lelaki laen. Kejam kan aku ? sangat kejam =(

Puncanya sebab dea abaikan aku . seharian tu dea buat tak tahu dekat aku sebab dea ade urusan laen. Cuma satu hari tu jea. Tapi aku tak bole, sebab jenis aku memang suka mesej 24jam (dulu) . aku nak dea text aku jea. Dalam masa tu lak aku ada join satu laman sosial yg tak berapan feymes ni, apetah nama dea, aku pun dah lupa. Aku banyak kawan dlam tu . aku excited sebab tu first time aku berlaman social mcm tu . ramai kawan. Biasele, dulu nerd, anak mak, dok umah je. Mana ade kua malam, mana ade bergaul dengan lelaki sebab aku ni seorang yang pendiam. Bila dah dapat kawan macamtu, menggedik la. Lagi pulak ramai lelaki hensem yg dok berkawan dgn aku. Lagila miang kan -,-

Adalah sorang mamat dari laman sesawang uh, cute, nsem, Chinese look, dea hari hari chat dengan aku . Nampak caring sangat . yang si balak aku ni pulak sebuk dengan urusan dea. Aku ni diabaikan . then, ntah macam mana, aku dari hari ke hari, boleh lak tangkap cintan dengan mamat ni . biar la aku pnggil dea, capital N .

Satu hari tu, aku dah tak tahan, aku cakap dengan bf aku untuk lepaskan aku. Aku dah tak tahan sebab diabaikan . dia sebok dengan politik dea. Aku ni cam sampah (ceh, padahal dah ade yg lain) .
jahatnye aku -_- entah  macam mana, dea lepaskan jugak walaupun hari tu adelah hari aku kapel ngn dea genap satu tahun. Bayangkan, betape sedihnya hati dea bila anniversary kami aku buat cmtu . hmm

Dea punyalah merayu, mintak maaf semua, tapi aku tak maafkan . aku pergi dekat orang baru. Dea aku lupakan, aku ignore bila dea text aku, dea pujuk, dea merayu utk balik pada aku. Aku buat tak tahu jea. Kesian dea . dea terlampau baik untuk aku. Aku jahat sangat masatu . Seriously. Aku tak piker langsung ati dea =(

Hari demi hari, aku bahagia la jugak dgn bf baru, tapiii…
hubungan tu tak lama . dalam dua bulan jea. Tak tahu mana silapnya, capital N tinggalkan aku . mungkin sebab aku ade yg lain belakang dea. Memg pun . laki tu skandal aku je pun :3 tapi benda tu tetap salah kan . bila pikir2 balik, apesal la aku jadi sampai macamtu sekali. Apesal laaa ?? teruk sangat. Sangat sangattt  -_-
Lepastu, barulah aku rasa insaf kerana meninggalkan Fadzly. aku rasa sedih sangat2 sebab kena tinggal dengan capital N. rasa perit sebab aku sanggup tinggalkan fadzly semata mata untuk dea. Tp dea ?  entahlaa.. tu la. Orang kata, karma tu ade merata rata . dan aku, dapat la balasan yg setimpalnyee . padan muka . waku tu, aku rasa balik macam mana fadzly rasa bila aku tinggalkan dea. Rasa nak gila pun ade kan. Haishhh.. teruk meyhhhh.. 

Lepas dari tu, aku selalu jumpa lelaki yg salah. Lelaki asyek tinggalkan aku . padah beb. Mungkin daulat dari ape yg aku buat kat fadzly. Sebab dea tu baik sgt orgnye, memang bole buat suami la citer dea, tp aku yg bodoh, teramat bodoh pegi tinggalkan dea untuk orang lain. Sampai sekarang aku menyesal . aku rasa bersalah sangat sebab tinggalkan dea macamtu jea.

Sekarang, aku dah ada bf lain, Insya-Allah kalau dipanjangkan umur dan jodoh, aku nak hidup dengan dea. Tapi dalam masa yg sama, rasa bersalah pd fadzly tu tetap ade dekat hati aku . aku teringin sangat nak jumpa dea. Nak tahu keadaan dea mcm mana. Aku nak mintak maaf balik dgn ape yg aku dah buat dekat dea. Aku Cuma nak dengar kata maaf je dr dea. Kalau dea dah ade pengganti aku, baguslah. Harap dea bahagia sbb tak hidup dengan aku yg kejam ni =)

Thursday 16 August 2012

Raya Datang Lagi ! Yeahhh !! :D





Pejam celik pejam celik , da 27 hari dah kita semua puasa . 
Tinggal lagi 2 HARI jea nak RAYA . Tak sabar kot nak raya .
Baju raya semua dah beli ? Mesti dah kan .
 Untunglahh beraya sakan :D
Aku dok rumah je tengok tv
Sediyyy T.T

Di sini saya Noridhha a.k.a Ridha Deeha , 
selaku KAWAN dalam friendlist korang dekat FB,
ingin memohon maaf andai pernah menyinggung hati dan perasaan
 korang semua selama berkawan
dengan aku di dalam laman sesawang FACEBOOK  .
Maaf andai status status aku sebelum ni menyinggung perasaan .
komen komen yang agak panas,
tak balas chat ke apa semua.
Minta maaf banyak banyak dari hujung rambut sampai hujung ibu jari kaki ni haa .

Aku tahu status status aku ni selalu menyemak dekat News feed korang.
Ehe . sorry yaa ;D

Untuk member MEMBER RUMAH yg aku cintai dan sayangi,
Lin, nani, kak ayu, kak kembar yang dah habes belajar tu; kak seha dan sella .
rumah B-5-2 memang the best !
Lagi lagi  budak bilik aku .
Ecah , izzni dan mira *penghuni baru.
Korang semua memang terbaik okayy !
Terbaik dari ladang ! *sungguh malu -,-
Alhamdulillah. semuanya baik baik belaka .
 Sekepala :D 
Maaf kalau ade terkasar bahasa *selalu kot kasar -,-
ade terkeluar kata yg kesat tak tentu hala.
Harap tak ambil hati .
 Kadang kadang mulut ni suka sangat cakap lepas 
sampai tak terjaga hati orang sekeliling.
Halal kan lah makan minum aku ni kalau ade termakan ke apa .
Maaf dipinta yea.
Raya jemput lah datang rumah . yg tahu rumah aku tu, datangla.
pintu rumah ni terbukak je untuk korang semua ;D

Untuk kawan kawan sekampung, sekelas, dan sewaktu dengannya.
Selamat hari raya keyh . Maaf dipinta .
Erin, Fiza, tiqa, Nadia, Amie, Miera Danil, Atyn,
member MEMBER kamcing time SEKOLAH .
lama tak jumpa korang, datangla rumah beraya .
 kita jumpa pepeluk cium.
Rindu seyhh nak hang dengan korang semua
time raya ni jelah kita boleh jumpa :*



Last but not least, *cehh, speaking plak :3
Kepada semua yang mengenali diri ini .
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
Maaf ZAHIR dan BATIN !
Jangan lupa poskan duit raya kat umah aku . Aha .
Kidding :D

OKBYE !

Eh, lupa kat UZAER .
KEKANDA yg di CINTAI dan Di sayangi ;
Biy , Selamat Hari Raya .
Tu jelah .
 Malas nak cakap bebanyak sebab hehari dah bercakap =___=
Love youuuu keding, ding, ding :3

ASSALAMUALAIKUM .
PEACE (Y) no WAR
:)







Wednesday 16 May 2012

Soalan saya . Jawapan dia :)

Soalan ni hanya ditujukan khas buat orang yang aku sayang sahaja .
dan ini ditujukan oleh aku kepada si dia =)

Masa ni aku tengah merajuk .
saje menggedik . aku ni kan kuat merajuk . 
menggade naw memang begini. Aha .
tapi nasib lah dia tahan ngn perangai aku yg bangang ni .
rasanya kalau sesetengah lelaki dah fedup dah =D

okayy..
bawah ni adalah soalan yang aku tujukan buat dia :
Biasa biasa je .

1. Apa Nickname sayang dalam  HP biy ?
  • BabyDee 
2. Kalau biy masih ingat, macam mana pertama kali kita kenal ?
  • FB . Biy yang ADD sayang dulu =)
3. Kenapa Biy nak kenal dengan sayang ?
  • First ingat nak kawan je, tapi lain pulak jadi .. Huhuhu.
4. Apa biy rasa masa pertama kali kita berjumpa ?
  • Bahagia sangat dapat jumpa sayang . dapat memanje =3
     *okayy, jgn pkir bukan bukan ye kawan kawan -,-
5. Apa niat biy nak berkawan dengan sayang masa pertama kali kita kenal ?
  • Nak ambil alih hati sayang 
6. Kenapa biy nak couple dengan sayang ?
  • Nak couple ? Nak jadikan sayang GF HALAL FOREVER =)
7. Apa perkara yang biy suka tentang diri sayang ?
  • Semua yang ada dekat sayang semua biy suka , kuat majuk , MANJEE =3
8. Dan apa perkara yang biy tak suka tentang diri sayang ?
  • Kuat sangat merajuk . Huhuhu
    *dia tambah gelak dibelakang sebab takut aku merajuk lagi. kononnya tk seyes la tu  -,-
9. Kenapa sayang yang biy pilih untuk terima cinta biy ?
  • Sebab sayang lain, sayang jadi diri sayang dan sayang TAK PLASTIK =)
10. Apa yang biy paham pasal cinta hati biy ?
  • Cinta hati biy, sayang sorang je 
11. Bila sayang terima cinta biy, apa yang biy rasa ?
  • Biy happy sangat, biy nak kekal sampai bila bila .
12. Biy ikhlas ke Cintakan sayang ?
  • Ikhlas sangat .
13. Sekarang ni, biy anggap sayang ni apa sebagai apa dalam hidup biy ?
  • Biy anggap macam GF, maybe lebih =)
14. kalau biy diberi peluang untuk ucapkan sesuatu untuk sayang, apa yg biy nak ucapkan ?
  • I love you forever . LILLAHI .

Dan soalan terakhir adalah soalan yang aku paling suka . 
sebab jawapan yang sungguh menyentuh jiwa .
terharu gila .
sampai aku menitiskan air mata .


15. Dan apa yang biy rasa kalau ni kali terakhir sayang mesej biy, dan 3 bulan lepas kali terakhir sayang jumpa biy ?
  • Fuck diri biy laa.. Biy tak nak berpisah dengan sayang . Biy nak anak , nak cucu dengan sayang .
    Biy nak nanti kita keluar mana mana sambil pegang tangan anak kita . Snap snap . Bila dah tua, biy nak kita kenang balik semua happiness yang pernah kita lalui bersama <3

Biy.. sayang harap, apa yang biy nyatakan tu tulus ikhlas dari hati biy .
 bukan hanya nak sedapkan hati sayang. 
Sumpah biy , kalau hubungan kita lama dan jodoh tu ada bersama kita .
cuma biy je yang sayang SAYANG .
Tak ada yang lain . 
Hanya awak UZAER UBAID .


Tuesday 1 May 2012

Saya nak awak tahu

"kalau sayang jangan terlampau sayang,
takot nanti berubah jadi benci .
Kalau benci jangan telampau benci,
risau nanti bertukar sayang pulee " :D
Ramai dah orang cakap camtu . sebab benda tu FAKTA . dah banyak jadi kann :)
haha . sekarang ni aku cuma sayang sorang je . Aku tak pernah telintas nak mendua or mentigakan SESEORANG tu .
sebab sayang aku hanya untuk dia sahaja . Insya-Allah :)
Tapi aku risau satu hari nanti sayang tu bertukar jadi benci . Aku tak nak jadi macam tu. 
kalau boleh nak kekal sayang sampai bebila . Aku dah penat dengan UJIAN-II sebelum ni . seriously :(
Tapi setiap apa yg jadi tu buatkan aku makin matang *matang ke? :p
Dan apa yg terjadi tu semua ade hikmahnya . Allah dah aturkan yang tebaek untuk setiap umatnya *ececeh :3
Aku tak nak kehilangan orang yg aku sayang lagi. Serik .
Teringin nak kekal sampai hubungan tu jd HALAL untuk selamanya .
Dan aku harap, dengan izin Allah,  SESEORANG tu kekal dengan aku sampai bila bila .
Untuk SESEORANG  :)
Awakk..
i) Saya nak awak tahu , awak tak pernah lekang dr fikiran saya . bole dikatakan tetiap masa ade je . bangun dari tidur , muka awak yang saya nampak dulu *yela, sebab gambar awak saya tampal kt dinding sebelah katil saya :3
ii) Saya  nak awak tahu , sayang saya kat awak tade tolak tandingnya . cuma awak je saya sayang taw . sebab saya kalau dah sayang, saya sayang sangat sangat okay . jangan main taik dengan saya . risau nanti awak pulak jadi taik :D
iii) Saya nak awak tahu ,  cuma awak je yg saya ada sekarang tak ada yg lain nya . sebab awak tade yang lain, cube kalau awak ade yang lain. saya pun ade yang lain jugak. FAIR and SQUARE :)
Dan..
Saya juga tahu , saya bukan yang pertama , tapi izinkan saya jadi yang terakhir dalam hidup awak :) *yg ni saya serius
#Jika suatu hari nanti Allah satukan kita dengan ikatan yang sah, saya bersyukur sangat sangat sebab doa saya di makbulkan oleh-NYA .
#TAPI.. andaikata jodoh itu bukan milik kita, izinkan saya jadi kenangan paling manis yang takan pernah awak lupakan :)

Tuesday 7 February 2012

Nurse kerjaya yang mulia ;D

Ada sesetangah orang cakap, jururawat ni kerja dia tak asing cam kuli. yela, dok basuh kencing berak orang , mandikan, suap makan . Ade jugak yang hina pekerjaan ni . kuli batak la katakan . tp korang tak tahu, disebalik pekerjaan ni , kami yang menjaga ni dapat pahala berduyun duyun . Senang dapat pahala, senanglah jugak dapat dosa . kerja ni sangat sangat mulia. kalau tak de yang basuh berak kencing uh, maka berkulatlah dan berulatlah bontot korang semua. jangan pandang rendah pada pekerjaan ni okay. sebab aku ni bakal jururawat jugak *Insyallah =)


Memang patutlah mak ayah aku hantar aku belajar jadi jururawat, sebab dorang tahu anak dea ni degil dan mungkin dorang nak aku tambah pahala melalui pekerjaan ni . Dalam masa yang sama dorang pun dapat pahala  jugak =')


Walaupun pada awalnya aku memberontak dan rasa tak suka dengan course ni. Yelah, belajar kat sekolah dulu pasal engineering, pegang pembaris T-square, lukis plan rumah, tiba tiba amik course nurse . Otak jadi blur mengejut sebab tetibe belajar masuk bab bio fizik kimia .


Masa awal awal belajar course ni , aku takut sangat sangat dekat jarum . Pernah aku nak pitam bila tengok staf nurse cucuk pesakit nak masuk kan Branulla, IV drip (masukkan air melalui saluran darah) . tapi nasiblah tak pitam, cuma muka kebiru biruan nak pengsan je. Aku allergic dengan jarum . APTB :D
Masa tu praktikal sem 2, tapi sekarang sem 4 Alhamdulillah, aku jadi ketagih nak cucuk orang . Seronok :D


Jadi nurse ni kena berani, hati kental, lembut, sopan, macam macam lagi . kena pandai balance perasaan serta psycho orang . bukan senang sebenarnya nak jadi nurse. kita belajar bahasa bahasa medical yang orang lain tak tahu . kena ingat semua jenis ubat. korang tahu panadol kan ? itu brand name dea, tp generic name dea PCM/ paracetamol . kena ingat nama nama ubat uh sampai mati . aku ni dah la pelupa. haishhh -,-




Jarak antara nurse dengan doktor tak jauh mana pun. cuma pangkat doktor tu lebih besar sikit dr nurse .
straight to the point lah aku cakap, pekerjaan ni memang susah sangat sangat . Bukan niat aku nak menjatuhkan semangat korang korang yang nak jadi nurse tu. Tidak . cuma aku tanak korang menyesal dikemudian hari nanti . bila dah graduate, belum tentu korang boleh jadi nurse. kebanyakkan Hospital sekarang amik pekerja hanya dengan 3.5 pointer keatas sahaja. Susah untuk dapat 3.5 tu . Aku ni belajar sampai tertonggeng tonggeng nak capai 3 pointer. 3 pointer tu dah cukup pandai dah . 2.5 pointer lak paras2 hidung . ishhh.. Tapi kalau korang rajin, tak mustahil boleh dapat 3.5. 4 pun boleh . usaha, rajin tu semua kena ada k adik adik semua . Buang sifat malas tu jejauh . Sentiasa lah baca buku setebal 5 inchi tetiap hari supaya ilmu penuh di otak ;D   English kena superb supaya korang senang nak faham . Belajar course ni semuanya BI , no melayu melayu yaa sayang :D


Pengalaman tak payah cakapla . memang best . aku pernah jaga orang gila masa sem1 dulu . pesakit tu orang myanmar lelaki . masuk hospital sebab cuba memotong kemaluannya . tak silap aku dia dah tepotong sikit . Auchh.. camne lah gaknye tu kan. memula agak takotla nak deal ngan pesakit macam tu, mana lah tahu dea tetibe gigit aku ke pe kan . tapi alhamdulillah la. semuanya okay . sem dua pulak aku jaga wad orang orang tua. beborak borak dengan nenek nenek sungguh menyeronokkan . suap dorang makan . sem dua aku jaga kakak kartini aziz . tu la yang best kot . :D
sem 3 ni lagi best dan mencabar, aku dah reti nak mencucuk orang . cuci luka , bukak jahitan . dan pengalaman pertama aku mandikan mayat . memang agak terketar2 . tp dah kerja. kena kuat jugak kan .


So, pekerjaan ni sebenarnya memang mulia . Boleh dapat pahala free . Dengan niat, buat kerja tu biar ikhlas. sentiasa senyum di hadapan pesakit walaupun sebenarnya kita penat, sedih sakit dan sewaktu dengannya :)

Thursday 8 December 2011

korang percaya HANTU tak ?

tetiba aku terasa nak update pasal hantu .
lagipun da lama aku tak update blog sebab sebelum ni bz gila gila.

so..
korang caye ke hantu hantu ni semua ?
syaitan tu memang ada.
tapi hantu ?
camne plak ek ?

benda ni, nak percaya tak boleh.
tak percaya pun tak boleh.
berbelah bagi.


aku dulu memula tak percaya jugak .
aku rasa benda ni tahyul.
merepek jela.
hantu ? haha.
tah papelaa..
=="


tapi, lepas aku rasa, alami dan nampak sendiri.
baru aku percaya .

ramai tanya,
kenapa aku ni kurus sangat .
berat aku 40 dan tinggi aku 156.
kurus kan ?
aku pun tak tahu kenapa aku kurus dan semakin kurus.
sedangkan tiap tiap hari aku makan dengan secukupnya.
sebelum tido aku mesti makan.
lepas tu tydo.
tp masih lagi sama.
tak gemuk pun.
boleh kata mulut aku ni keje nak mengunyah jea.
tp berat badan susah nak naek.


dulu..
masa aku kekecik *darjah 5 kot*
salah satu ahli family aku ada yg benda yg dok dalam badan dea
*menumpang*
aku pun mengambil kesempatan tanya,
kenapa badan aku tak naik2 
kurus jea.
*saje je nk test pawang tu sbb aku tk percaya*
dea kata ada BENDA duk dalam badan aku .
haha.
ingat aku percaya ?
tolonglaa..
tapi bila dah besar ni .
badan aku still sama.
aku mula nk percaya .
*tp tanak la*
macam ada saka pun yaa :O
tapi mungkin juga sistem metabolisme aku tinggi ?
entah ! entah ! entah !

PENGALAMAN DIGANGGU.


dah banyak kali aku kena kacau dgn benda2 tu.
since kecik lagi.
nak nak time tydo.
dulu, aku selalu kena kacaw time tydo.
BENDA tu hempap aku .
seriously, time BENDA tu hempap.
aku tak boleh bernafas, gerak, bercakap.
sikit pun tak boleh.
seksa kot.
dan dalam masa yg sama,
segala bulu roma aku meremang.
benda tu hempap tak la lama mana.
dalam seminit dua.
tp selagi aku tak 'lawan' benda tu,
benda tu akan tetap hempap aku.
selalunya aku akan try gerakkan jari jari tangan ataw ibu jari kaki aku.
sambil tu baca ayat kursi ataw yassin dlm hati.
bila salah satu anggota badan aku da gerak,
secara automatik aku bole gerakkan satu badan aku.
jangan tanya la macam mna aku bila dah dapat gerak
sumpah tercungap cungap nafas.
tak cukup nafas. 
rasa cm kena cekik pun ada.
hishh.. benda tu memang berkenan kat aku kot.
hampir tiap2 malam la aku kena hempap.
nak cakap tak baca doa.
baca.. *tp kekadang je* :DD
maklumla.. budak budak.
ngee.

bukan waktu malam je.
siang pun aku kena jugak.
pernah masa aku kena hempap,
aku try bukak mata untuk tengok benda tu.
yelah. suka sangat kacaw aku time tydo.
sebok taw. nak memanje pun bgtaw laa.
haha.
okay. aku bukak mata dan tengok.
nothing. tak nampak ape pun.
aku tak nampak benda tu langsung.
baguslaa dea tak mempamerkan muka dea kat aku.
dr dea tunjuk.
mampus pengsan pulak aku nanti. 
:DD

mungkin benda tu  ikut turun temurun.
sebab aku ada tanya ayah aku.
dea masa kekecik pun selalu kena camtu.
tp bila da besa tak sgt.
dan bila aku da besar sekarang.
benda tu da jarang hempap aku.
boleh kata dah tak ada.
sebab tiap2 malam aku tak miss baca doa sebelum tydo.
ataw mungkin dea dah tanak memanja dengan aku,
sebab aku dah ada bf.
hoho
:D


tapi bila da besar ni.
benda tu memg tak kacaw aku time tydo.
time aku celik mata pulak dea kacaw.
ishh.. lagila menakotkan.
biasanya aku nampak benda ni dr anak mata sekilas pandang.
tak pernah nak muncul lelama depan aku.
setakat tunjuk sekejap2 tu ada la.
gila lama lama ?
boleh buad pengsan hari hari kot .


apa yang pernah aku nampak ?
pontianak.
tu paling selalu la.
dok lepak rumah nenek aku kat kg dgn sedara.
waktu memalam.
aku nampak benda tu.
dr tepi anak mata.
dia dok perhatikan aku.
kenapa tah.
aku beranikan diri gak la tok tengok betul2.
tenung lama lama.
tp bila pandang, tak ada.
cuma bila dr tepi anak mata jea aku bole nampak.
aku tak tegur.
even time tu aku nga beborak ngn sedara aku.
yes, orang tua tua kata jangan tegur kan.
so, aku tak diam jela.


memang rumah nenek aku tu 'berpenghuni' sikit.
tiap kali aku tydo uma nenek aku tu,
selalu je kena hempap.
nenek aku kata mungkin dea nak kenal kenal dengan aku.
ohh nenek,
jangan memaen la k.
bukan pakwe hensem.
mahkluk halus kot.
grrr..


semenjak dr tu, bila nenek aku ajak aku tydo uma dea.
aku beri beribu alasan.
ngeh ngeh. takot kot =="


okayy.. tu kat kampung.
bagaimana pulak dengan KL ni ?


jangan fikir tak ada.
ada okay.
dengar cerita
tempat yang aku duduk sekarang ni dulu tapak dea lombong.
sebelum lombong tu tak tahu la apa.
mungkin tempat berlaku peperangan bunuh mati.
sejarah tapak ni. siapa tahu kan ?


aku start kena kacaw time puasa tahun lepas.
yang peliknya time puasa.
bukan benda benda tu semua kena ikat ke ?
tp memang pastila aku kena ganggu.


meh nak cerita..
waktu tu aku baru sudah mandi, basuh kaen.
sorang sorang.
member bilik keluar.
tinggal aku sorang sorang dlm bilik tu.
aku dok master room.
master bed room mestila ade bilik air kan.
dekat dalam bilik air aku tu adala cermin.
cermin gantung kat sinki.
sinki lak bertentangan dengan bilik.
so, dr cermin tu bole nampak katil aku.
lepas mandi bukak la pintu kan.
peperah kaen depan cermin.
rambut lak bersepah sepah menutupi mate.
rimas rimas.
tengokla cermin betulkan.
sekali tengok.
amekaww..
benda tu pun 'tengok' aku.
dea berdiri kat sebelah katil aku.
pheww..! 'cun' gila aku cakap kaw.
jelas kot muka dea.
aku pandang kat katil, tade.
tp bila pandang balik dlm cermin tu. ada !
nak aku describe kan cmne muka dea yg 'cun' tu?
baju putih, rambut panjang.
muka bengis gila.
putih pucat. biru biru. muka berlubang lubang ada ulat.
adoyaiii..
aku rasa lepas tengok benda tu, muka aku lagi pucat kot.


aku dah tak cakap pe.
terus kua dari bilik air.
lari p bilik sebelah.
sumpah laju gila jantung aku.
aku marah benda tu kacaw aku.
masa nk p bilik sebelah tu aku tarik pintu bilik.
mungkin kuat sangat kot aku tarik.
'gedegang!!'


masuk bilik sebelah aku terus p kat member aku.
aku tak terus cakap.
aku dok diam diam dulu.
member aku mira tanya, kenapa?
muka semacam jea.
aku cakap tade pape.
yelaa..
mana boleh tegur.
so.. 
aku diamkan aje.


mase tu puasa.
malam tu aku tidur bilik aku macam biasa.
kengkawan bilik pun dah balik.
so, kurangla sikit takotnye.


tapi yang peliknya..
time tu puasa, kteorg bangun la pepagi.
cam biasa nak sahur.
nak p dapur p amek makanan.
guess what ?
pintu bilik terkunci secara tiba tiba.
dr dalam lak uh.
ktorg puas try bukak.
masalahnya dr dalam. 
tak boleh jugak.
aku tak tahu apa masalahnya.
mungkin sebab malam tadi aku terhempas pintu kuat sgt ?
tp sebelum ni pun ade jd camtu.
lg terkuat hempasnya.
takde lak pintu tu nak lock sendiri sampai ktorg yg dr dalam pun tak bole nak bukak .
pelik. tp benar :)


bila aku pk2 balik.
mungkin benda tu marah kat aku.
then, balas kat aku sampai macamtu ?
tp mcm tak logik je.
benda tu kan ghaib.
bulan puasa lak tu
macam mana bole buad camtu.
tp, tak mustahil jugak.
aku cerita la kat mak ayah serta nenek aku.
nenek aku laju je cakap, ada orang hantar tu.
aku ? o.O
entahlaa.. ishh =.="
susa nak percaya.




kisah tu dah lama.
yg ni yg latest punya.
benda tu kacaw aku dalam bilik air.
time tengah mandi.
amboii.. gatal ! >.<


dalam bilik air aku tu ada shower.
biasala..
malas nk pegang gayung,
mandi bawah shower.
benda tu pun nak tlong mandikan aku jugak.
secara tiba2, 
masa cuci2 badan,
shower tu air dea kuat sendiri.
walaupun aku tak sentuh pili paip shower uh.
mase first time kena tu aku buat tak tahu jela.
mungkin sistem perpaipan dea kekejap kuat kekejap pelahan kan .
smbung la balik mandi cam biasa.


tapi kali baru baru ni.
ahad lepas kot.
kena lagi.
tengah mandi.
shower tu aku biar terbukak.
bukak kecik jea.
p cuci muka sat kat sinki.
dengan tiba tiba, dea kuat sendiri.
sekali tak pe.
ni dua kali kot.
amboihh.. dea pun nak mandi sama ngn aku.
mulut aku ni laju jea.
bole cakap sesorang.
"janganla memaen dengan aku. aku tak kacaw kaw pun"


nak kata sistem perpaipan tak betul,
aku ada tanya kawan aku yang satu bilik dengan aku.
pernah tak jadi camtu kat dorang.
tak pernah.
dua dua tak pernah kena.
pelik.
aku dah banyak kali kena.
tp kenapa aku ?
kenapa dea suka kacaw aku ?
betul ke ada 'BENDA' dlm badan aku ?
ataw ada BENDA jaga aku ?
saka ?
ishhh.. mintak simpang.
tanak laa..
adoyy 
=.="


mintak mintak tak adela kan.
mungkin disebabkan benda lain.
tp yang peliknya, benda tu selalu dok kacaw aku.
hurmm..
benda ni nak takot sgt tak bole.
tak takot pun tak bole.
tataw laa..


aku just cerita ape yg aku pernah alami.
dan setakat ni, tu jela yg paling teruk yg pernah aku rasa.
selain tu tade.
terpulang nak percaya ataw tak.
ikut persepsi masing masing.
aku tak boleh nak cakap apa .


so.. ni jelah.
apa pulak pengalam korang ?
pernah kena macam aku ?
:D