i'm not beauty queen , i'm just beautiful me :)

i'm not beauty queen , i'm just beautiful me :)

Tuesday 7 February 2012

Nurse kerjaya yang mulia ;D

Ada sesetangah orang cakap, jururawat ni kerja dia tak asing cam kuli. yela, dok basuh kencing berak orang , mandikan, suap makan . Ade jugak yang hina pekerjaan ni . kuli batak la katakan . tp korang tak tahu, disebalik pekerjaan ni , kami yang menjaga ni dapat pahala berduyun duyun . Senang dapat pahala, senanglah jugak dapat dosa . kerja ni sangat sangat mulia. kalau tak de yang basuh berak kencing uh, maka berkulatlah dan berulatlah bontot korang semua. jangan pandang rendah pada pekerjaan ni okay. sebab aku ni bakal jururawat jugak *Insyallah =)


Memang patutlah mak ayah aku hantar aku belajar jadi jururawat, sebab dorang tahu anak dea ni degil dan mungkin dorang nak aku tambah pahala melalui pekerjaan ni . Dalam masa yang sama dorang pun dapat pahala  jugak =')


Walaupun pada awalnya aku memberontak dan rasa tak suka dengan course ni. Yelah, belajar kat sekolah dulu pasal engineering, pegang pembaris T-square, lukis plan rumah, tiba tiba amik course nurse . Otak jadi blur mengejut sebab tetibe belajar masuk bab bio fizik kimia .


Masa awal awal belajar course ni , aku takut sangat sangat dekat jarum . Pernah aku nak pitam bila tengok staf nurse cucuk pesakit nak masuk kan Branulla, IV drip (masukkan air melalui saluran darah) . tapi nasiblah tak pitam, cuma muka kebiru biruan nak pengsan je. Aku allergic dengan jarum . APTB :D
Masa tu praktikal sem 2, tapi sekarang sem 4 Alhamdulillah, aku jadi ketagih nak cucuk orang . Seronok :D


Jadi nurse ni kena berani, hati kental, lembut, sopan, macam macam lagi . kena pandai balance perasaan serta psycho orang . bukan senang sebenarnya nak jadi nurse. kita belajar bahasa bahasa medical yang orang lain tak tahu . kena ingat semua jenis ubat. korang tahu panadol kan ? itu brand name dea, tp generic name dea PCM/ paracetamol . kena ingat nama nama ubat uh sampai mati . aku ni dah la pelupa. haishhh -,-




Jarak antara nurse dengan doktor tak jauh mana pun. cuma pangkat doktor tu lebih besar sikit dr nurse .
straight to the point lah aku cakap, pekerjaan ni memang susah sangat sangat . Bukan niat aku nak menjatuhkan semangat korang korang yang nak jadi nurse tu. Tidak . cuma aku tanak korang menyesal dikemudian hari nanti . bila dah graduate, belum tentu korang boleh jadi nurse. kebanyakkan Hospital sekarang amik pekerja hanya dengan 3.5 pointer keatas sahaja. Susah untuk dapat 3.5 tu . Aku ni belajar sampai tertonggeng tonggeng nak capai 3 pointer. 3 pointer tu dah cukup pandai dah . 2.5 pointer lak paras2 hidung . ishhh.. Tapi kalau korang rajin, tak mustahil boleh dapat 3.5. 4 pun boleh . usaha, rajin tu semua kena ada k adik adik semua . Buang sifat malas tu jejauh . Sentiasa lah baca buku setebal 5 inchi tetiap hari supaya ilmu penuh di otak ;D   English kena superb supaya korang senang nak faham . Belajar course ni semuanya BI , no melayu melayu yaa sayang :D


Pengalaman tak payah cakapla . memang best . aku pernah jaga orang gila masa sem1 dulu . pesakit tu orang myanmar lelaki . masuk hospital sebab cuba memotong kemaluannya . tak silap aku dia dah tepotong sikit . Auchh.. camne lah gaknye tu kan. memula agak takotla nak deal ngan pesakit macam tu, mana lah tahu dea tetibe gigit aku ke pe kan . tapi alhamdulillah la. semuanya okay . sem dua pulak aku jaga wad orang orang tua. beborak borak dengan nenek nenek sungguh menyeronokkan . suap dorang makan . sem dua aku jaga kakak kartini aziz . tu la yang best kot . :D
sem 3 ni lagi best dan mencabar, aku dah reti nak mencucuk orang . cuci luka , bukak jahitan . dan pengalaman pertama aku mandikan mayat . memang agak terketar2 . tp dah kerja. kena kuat jugak kan .


So, pekerjaan ni sebenarnya memang mulia . Boleh dapat pahala free . Dengan niat, buat kerja tu biar ikhlas. sentiasa senyum di hadapan pesakit walaupun sebenarnya kita penat, sedih sakit dan sewaktu dengannya :)

No comments:

Post a Comment